Kenali Herba





Nama Saintifik

Phyllanthus niruri

Family

Euphorbiaceae

Nama Tempatan

Dukung anak, amin buah, turi hutan, child pick-a-back

Keterangan

Dukung anak ialah tumbuhan herba semusim kecil yang membesar secara menegak sehingga 30-60 cm. Daun majmuk bipinat secara semula jadi. Anak daun berwarna hijau, tepi daun sekata, dan tersusun berselang-seli, berukuran 6–10 mm. Tangkai anak daun tiada manakala terdapat petiol pada daun majmuk dan petiol berwarna hijau. Batang licin, berwarna hijau dan menegak dengan cabang merebak.

Kegunaan

Di Malaysia, pokok dukung anak digunakan terutamanya untuk merawat diabetes, tekanan darah tinggi, cirit-birit dan sebagai penawar bagi gigitan serangga beracun (Musa et al. 2005). Ia juga digunakan untuk melawaskan kencing dan merawat cirit-birit, hilang selera makan dan hepatitis (Esei 1986, Dharma 1985).

Monograf Herba Malaysia (sumber: Globinmed)